Skip to main content

BENGKEL ASAS KEPIMPINAN MUDA (KeMuda A)

PENGENALAN

Bengkel Kepimpinan Muda atau Bengkel KeMuda mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini melalui siri latihan kepimpinan IQ Class Management. Ia merupakan sebuah modul yang dibangunkan atas permintaan siri-siri latihan kepimpinan yang mensasarkan golongan muda atau lebih dikenali sebagai golongan kanak-kanak diperingkat sekolah rendah.

Kepentingan pembinaan modul ini didasari oleh keinginan oleh banyak pihak khususnya dari kalangan pendidik dan tenaga pengajar di sekolah-sekolah rendah disekitar Lembah Klang. Sehingga hari ini, telah lebih dari 70 siri Bengkel KeMudA dijalankan disekitar sekolah rendah Lembah Klang. Sambutan yang diberikan oleh pihak pentadbir dan pelaksana kem di sekolah amat memberangsangkan sehinggakan ia menjadi salah satu kem wajib yang dijalankan kepada kelompok kepimpinan pelajar di sekolah mereka.

Kami selaku pembina dan pelaksana modul ini, mengharapkan daripada pelaksana modul latihan sebegini akan dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang apa itu kepimpinan, membina keyakinan diri pelajar yang memimpin di sekolah, menjelaskan tentang tugas dan peranan mereka berdasarkan situasi serta ciri-ciri yang seharusnya dibangunkan dalam diri mereka seawal usia dalam membentuk pemikiran dan gaya penampilan seorang pemimpin.


OBJEKTIF

Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;
  1. Memahami maksud kepimpinan;
  2. Mengetahui ciri-ciri pemimpin cemerlang berdasarkan teori B.I.J.A.K iaitu;
  • Pemimpin yang cemerlang mereka seharusnya berani;
  • Pemimpin yang cemerlang hendaklah ikhlas dalam melaksana tugas;
  • Pemimpin yang cemerlang perlu menjauhi sebarang salah laku undang-udang;
  • Pemimpin yang cemerlang adalah mereka yang sentiasa ambil tahu mengenai persekitaran di sekolah mereka serta;
  • Pemimpin yang cemerlang perlu mengekalkan kekemasan diri.


SASARAN

Siapa? Kepimpinan sekolah rendah yang terdiri daripada ketua kelas dan penolong, pengawas, pengawas perpustakaan dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian.
Berapa ramai? Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama.


BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL
Bila? Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama.
Di mana? Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama.
Berapa lama? 5 jam sahaja bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang (termasuk waktu rehat).
Siapa pelaksana? IQ Class Management bersama Facilitating and Development Team (FaDélaT) yang merupakan pasukan fasilitator terlatih bawah bimbingan IQ Class Management.


JADUAL BENGKEL

Masa   Aktiviti
0800   Penyerahan bengkel kepada pihak IQ Class Management dan pengenalan Bengkel KeMuda A
0830   Sesi 1 – Asas Kepimpinan Muda 1
1030   Rehat
1100   Sesi 2 – Asas Kepimpinan Muda 2
1230   Resolusi
1300   Bersurai


ISI KANDUNGAN BENGKEL

Sesi 1 – Asas Kepimpinan 1

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui bahawa keberanian adalah asas penting sebagai pemimpin muda;
  • Mempelajari keikhlasan dapat dilihat dari hasil kerja yang dilakukan serta;
  • Mengenalpasti kesalahan yang sering dilakukan sebagai seorang pemimpin muda.

Bentuk Aktiviti
  • Pembentangan dan ceramah interaktif

Aktiviti
  • Logo kumpulan.
  • Sorakan kumpulan.
  • Pembentangan hasil kerja kumpulan.

Sesi 3 – Asas Kepimpinan 2

Objektif
Selepas mengikuti sesi ini peserta akan dapat;
  • Mengetahui bahawa pemimpin muda harus sentiasa ambil tahu tentang persekitaran serta;
  • Menjadikan kekemasan diri sebagai satu tanda aras kepimpinan diri.

Bentuk Aktiviti
  • Perbincangan dalam kumpulan

Aktiviti
  • Aktiviti Sekolah Ku
  • Pakaian Beragam


KOS PELAKSANAAN BENGKEL

Sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut dan sebut harga.


HARAPAN

Bengkel Kepimpinan Muda merupakan modul yang telah dijalankan dalam tempoh yang panjang dan telah menghasilkan keberkesanan yang baik kepada peserta yang mengikuti bengkel ini. Kami di IQ Class Management amat yakin kejayaan modul ini dan mengharapkan ia terus diberikan kepercayaan untuk kami menjadi sebahagian daripada tenaga yang menghasilkan generasi kepimpinan akan datang.

Popular posts from this blog

FOREST JOURNEY D'SAWAH 2016

BASIC FACILITATOR WORKSHOP

TERIMA KASIH PESERTA FOREST JOURNEY D'SAWAH

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJAYAKAN FOREST JOURNEY D'SAWAH 2016

Peserta Lelaki

(01) Muhammad Haziq Imraan bin Mohd Dali
(02) Muhammad Iman Naufal bin Faizul
(03) Muhammad Akid Yazdan bin Hashim
(04) Irfan Fikri bin Azman
(05) Muhammad Adam Hakimi bin Mohd Alizal
(06) Wan Muhammad Afdhal bin Wan Mohd Hanizan
(07) Muhammad Amirul Hakimi bin Mohd Edli Shah
(08) Muhammad Ikhmal bin Saiful Azmi
(09) Muhammad Iqram bin Saiful Azmi
(10) Muhammad Imran bin Saiful Azmi
(11) Izzat Irfan bin Saiful Azmi
(12) Muhammad Isaac Iman bin Mohd Shahnaz
(13) Muhammad Harith bin Muhammad Hanafiah
(14) Muhammad Hazeeq bin Muhammad Hanafiah
(15) Muhammad Syahmi bin Mohd Said
(16) Amir Farhan bin Khairul Azman
(17) Afiq Imran bin Khairul Azman
(18) Ahmad Ali Uthman bin Ahmad Subari
(19) Muhammad Adib bin Kamarudin
(20) Adam Harith b Aiman Lang

Peserta Perempuan

(01) Nur Aleeya Sofiyyah binti Mohamed Ibrahim
(02) Nur Aleesya Humairah binti Mohamed Ibrahim
(03) Farhah Khairina binti Mohd Dali
(04) Nurul Iman Natasya binti Muhammad…