TAWARAN CERAMAH MOTIVASI BULANAN SEKOLAH RENDAH

Tawaran ini adalah bertujuan bagi menjimatkan kos perbelanjaan program motivasi dan bimbingan pelajar yang perlu dihabiskan dalam tempoh 3 hri 2 malam atau 2 hari 1 malam.

Pengalaman kami, bagi pelajar sekolah yang berumur bawah 12 tahun memerlukan gaya motivasi yang berterusan dan bimbingan yang berjalan sepanjang tahun. Oleh yang demikian, usaha dan cadangan ini bagi memastikan, para pelajar mendapat maklumat yang bersesuaian, bersama penceramah yang mengetahui kesinambungan perbincangan setiap bulan serta mendapat kesan motivasi setiap bulan dalam tempoh masa dan perbelaajaan yang jauh lebih kecil.

Oleh yang demikian, kami menawarkan satu pakej Ceramah Motivasi Bulanan sebanyak 8 siri ceramah dengan persiapan pengisiannya seperti berikut:
  1. Ceramah Motivasi Cinta – Ceramah muhasabah dan persiapan mental untuk peperiksaan
  2. Ceramah Strategi Kejayaan – Ceramah bimbingan merencana peningkatan dalam setiap peperiksaan
  3. Ceramah Pengurusan Masa – Ceramah perkongsian tips bagaimana untuk menggunakan masa dengan berkesan
  4. Ceramah Anak-anak dan Peperiksaan – Ceramah perkonngsian tips bersama ibu bapa bagi membantu anak-anak cemerlang peperiksaan
  5. Ceramah Belajar Cara Belajar Berkesan – Teknik I-Think – Ceramah peningkatan kemahiran penguasaan teknik I-Think
  6. Ceramah Pecutan Akhir – Ceramah perkongsian tips persiapan menghampiri peperiksaan
  7. Ceramah Pengurusan Stres Peperiksaan – Ceramah perkongsian tips untuk melangkah ke dalam dewan peperiksaan dengan yakin
  8. Ceramah Selangkah Ke Alam Remaja – Ceramah persiapan pelajar sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah 

Hubungi kami di talian +6019 277 0412.

*Tertakluk kepada terma dan syarat