Skip to main content

MODUL KHAS PROJEK CSR IQ CLASS MANAGEMENT


PENGENALAN
Modul khas IQ Class Management dirangka untuk pelaksanaan bagi tahun 2017 dengan mensasarkan sekolah-sekolah rendah dan menengah di Daerah Kuala Selangor. IQ Class Management bersetuju untuk menganjurkan program-program ini sebagai salah satu aktiviti ‘CSR’ atau tanggungjawab sosial korporat dari kami, sebuah syarikat yang berpengalaman menganjurkan program-program latihan selama lebih 10 tahun. Melalui projek ini, IQ Class Management ingin menawarkan pelaksanaan beberapa modul khas untuk dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah rendah dan menenngah di seluruh Daerah Kuala Selangor.

Modul Khas 1
Modul Pembangunan Remaja Daerah Kuala Selangor (telah dimulakan sejak tahun 2012)

IQ Class Management telahpun bersama dengan beberapa agensi dan NGO disekitar Daerah Kuala Selangor dalam melaksana beberapa program bimbingan dikalangan remaja di daerah ini. Program-program yang telah kami terlibat bersama dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut;

  1. Bengkel Bimbingan Asas Fasilitator bersama PRS Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (2012)
  2. Bengkel Asas Kepimpinan Remaja Islam - bersama ABIM Daerah Kuala Selangor dan SAM Tanjong Karang (2012)
  3. Bengkel Remaja O.S.E.M (5 siri) - bersama ABIM Daerah Kuala Selangor dan PEPIAS Kuala Selangor (2014 - 2016)
  4. Program Pemangkin Daya Kepimpinan (PPDK) Tingkatan 6 - bersama Comnet UniSel dan PKPIM UniSel (2016)


Penglibatan kami sehingga kini adalah menyediakan dan memberikan bimbingan berterusan kepada para peserta sehingga tertubuhnya jawatankuasa Alumni BAKRI, Alumni Remaja O.S.E.M dan Alumni PPDK. Oleh yang demikian, kami berhasrat untuk meneruskan perkembangan mereka ke peringkat yang seterusnya melalui beberapa modul cadangan lanjutan selepas ini khususnya apabila ada sebilangan besar dikalangan mereka yang kini telah menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi dan berhasrat pulang sambil menyumbang bakti semula di daerah mereka membesar iaitu Daerah Kuala Selangor.

Modul Khas 2 - Modul Motivasi Kecemerlangan UPSR / PSRA

Penganjur: Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Kuala Selangor dan Alumni PPDK
Penganjur bersama: Mana-mana pihak sekolah* yang berminat
Pengendali: IQ Class Management bersama PEPIAS Cawangan Kuala Selangor dan Alumni PPDK

Sasaran Penyertaan: Calon UPSR atau PSRA 2017 di sekolah rendah dan rendah agama (maksimum 100 orang pelajar)
Jangka Masa: Bengkel bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (hari Sabtu atau Ahad adalah amat digalakkan)
Tempat: Kawasan sekolah penganjur bersama
Kos Perbelanjaan: Kos perundingan (modul, fasilitator dan kit peserta ditanggung oleh penganjur dan pengendali), kos tempat dan penyediaan makanan ditanggung oleh pihak penganjur bersama

Modul Khas 3 - Bengkel Motivasi Kecemerlangan STAM / STPM

Penganjur: Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Kuala Selangor dan Alumni PPDK
Penganjur bersama: Mana-mana pihak sekolah* yang berminat
Pengendali: IQ Class Management

Sasaran: Calon peperiksaan STAM atau STPM tahun 2017 (maksimum 50 orang)
Jangka Masa: Bengkel bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (hari persekolahan juga digalakkan)
Tempat: Kawasan sekolah penganjur bersama
Kos penganjuran: Kos perundingan (modul, fasilitator dan kit peserta ditsnggung oleh penganjur dan pengendali), kos tempat dan penyediaan makanan disediakan oleh pihak penganjur bersama.

Modul Khas 4 - Bengkel Pengenalan Asas Fasilitator

Penganjur: Persatuan pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Kuala Selangor dan Alumni Remaja O.S.E.M
Penganjur bersama: Mana-mana pihak sekolah* yang berminat
Pengendali: IQ Class Management bersama PEPIAS Pusat

Sasaran: Ahli Pembimbing Rakan Sebaya sekolah menengah (maksimum seramai 50 orang)
Jangka Masa: Bengkel bermula 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang (hari persekolahan adalah lebih digalakkan)
Tempat: Kawasan sekolah penganjur bersama
Kos pelaksanaan: Kos perundingan (modul, fasilitator dan kit peserta) ditanggung oleh penganjur dan pengendali, kos tempat dan penyediaan makanan disediakan oleh pihak penganjur bersama.

Kami juga telah menyusun program-program susulan bagi setiap modul di atas (modul 2, 3 dan 4) dan hanya akan ditawarkan kepada pihak yang berminat menganjurkan salah satu dari modul-modul yang ditawarkan di atas. Selain itu, kami juga telah membina modul-modull motivasi guru dan ibu bapa secara percuma (sesi ceramah 1 jam) bagi pihak yang berminat. Usahasama ini adalah cetusan dan idea bersama bagi memastikan berlangsungnya usaha membantu bersama-sama membangunkan remaja dan belia di Daerah Kuala Selangor ini secara berterusan dan natijahnya akan melahirkan remaja, belia dan masyarakat Kuala Selangor yang berkualiti dari segi sahsiah, emosi dan intelektual mereka pada masa akan datang.

*untuk sekolah-sekolah di Daerah Kuala Selangor sahaja


Popular posts from this blog

FOREST JOURNEY D'SAWAH 2016

BASIC FACILITATOR WORKSHOP

TERIMA KASIH PESERTA FOREST JOURNEY D'SAWAH

TERIMA KASIH KERANA TELAH MENJAYAKAN FOREST JOURNEY D'SAWAH 2016

Peserta Lelaki

(01) Muhammad Haziq Imraan bin Mohd Dali
(02) Muhammad Iman Naufal bin Faizul
(03) Muhammad Akid Yazdan bin Hashim
(04) Irfan Fikri bin Azman
(05) Muhammad Adam Hakimi bin Mohd Alizal
(06) Wan Muhammad Afdhal bin Wan Mohd Hanizan
(07) Muhammad Amirul Hakimi bin Mohd Edli Shah
(08) Muhammad Ikhmal bin Saiful Azmi
(09) Muhammad Iqram bin Saiful Azmi
(10) Muhammad Imran bin Saiful Azmi
(11) Izzat Irfan bin Saiful Azmi
(12) Muhammad Isaac Iman bin Mohd Shahnaz
(13) Muhammad Harith bin Muhammad Hanafiah
(14) Muhammad Hazeeq bin Muhammad Hanafiah
(15) Muhammad Syahmi bin Mohd Said
(16) Amir Farhan bin Khairul Azman
(17) Afiq Imran bin Khairul Azman
(18) Ahmad Ali Uthman bin Ahmad Subari
(19) Muhammad Adib bin Kamarudin
(20) Adam Harith b Aiman Lang

Peserta Perempuan

(01) Nur Aleeya Sofiyyah binti Mohamed Ibrahim
(02) Nur Aleesya Humairah binti Mohamed Ibrahim
(03) Farhah Khairina binti Mohd Dali
(04) Nurul Iman Natasya binti Muhammad…